61. Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
62. Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.
67. Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln
69. Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap - Al-Ghazali Bayruni
70. Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat - Beng Tju
71. Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
72. Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.
73. Jika
kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan
dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas
kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu
adalah mulia dan terpuji. (La Roche)
74. Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
75. Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
76. Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.
77. Hidup
tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan
diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu
atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.
78. Selalu
bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
79. Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. - Marcus Aurelius
80. Kasihkan
manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ
tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia
81. Orang yang berkhianat selalu terhina.
82. Kebahagiaan
adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa
kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~ Emerson
83. Orang
yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang,
melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka
setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J
84. Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
85. Hidup
adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan
iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati
tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)
86. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
87. Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun
Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik
sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti
dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling
hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.
88. Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.
89. Orang
yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah
merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak
disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah
mencapai matlamatnya
90. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
91. Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.
92. Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.
93. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan
96. Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. ~ Confucius
97. Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.
98. Hidup
memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan
memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula
menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
99. Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur
100. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
101. Kekayaan
bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu
jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.
102. Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu ~Pepatah Arab
103. Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.~ Lao Tze
104. Awal mula pohon ialah benih.
105. Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.
106. Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.
107. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
108. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
109. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
110. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
111. Saya
percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari
esok.
112. Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
113. Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.
114. Lidahmu
adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan
jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
115. Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan
116. Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri
117. Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.
118. Jangan
lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu
miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu
semua yang kamu dengar.
119. Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
120. Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.
121. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
122. Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.
123. Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
124. Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.
125. Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
126. Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.
127. Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.
128. Sekiranya
anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah
bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu
129. Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini
130. Fikirkan
hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan
akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.
131. Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
132. Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah
133. Jangan
sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada.
Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
134. Jika
anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya
kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu,
kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)
135. Kita
sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk
esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari
ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika
semuanya telah tiada…..
136. Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah.~T.S Matthews
137. Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca yang berdebu, segalanya nampak senyap dan tidak pasti.
138. Mereka
yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga
mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba
dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.
139. Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak cukup mempercayai ~ Frank Crane
140. Ketika
kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan
bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau
pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa
kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata -
kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.
141. Dalam
hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita
inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya
kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat
hidup kita menjadi lebih bahagia.
142. Seandainya
kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang
lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan
kepada orang lain.
143. Ketika
satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi
sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga
tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
144. Kemaafan
mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai
hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan
dapat mengubati hati yang telah terluka.
145. Seseorang
manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup
bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani
untuk membetulkan kesilapannya
146. Jadikan
dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan
seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak
dibuat kayu api.
147. Bermimpilah
tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu
ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya
memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang
ingin kamu lakukan.
148. Masa
depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu
tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu
melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
149. Doa
memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya
menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan
150. Menghairankan
sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi
tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
151. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
152. Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
154. Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri \tidak suka memakannya.
155. Sungguh
benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita
kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang
belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
156. Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.
157. Hal
yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang
sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya
dan harus melepaskannya pergi.
158. Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.
159. Masa
depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kita
tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan
kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
160. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
161. Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.
162. Barangsiapa
yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan
barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.
163. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.
164. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
165. Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya
166. Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu
167. Orang
bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan
lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang
dideritainya.
168. Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.
169. Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.
170. Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
171. Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.
172. Janganlah
berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa,
berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.
173. Dunia
ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah
ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya
takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
174. Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle
175. Sahabat
sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu
memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat
lain yang lebih menyeronokkan.
176. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
177. Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.
178. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
179. Tanda-tanda
orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat
kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima
kebaikan daripada orang lain.
180. Semulia-mulia
manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil
ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan
181. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka
182. Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.
183. Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain
184. Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
185. Semoga
kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu
menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu
positif terhadap kehidupan.
186. Kita
lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh
selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan,
pandanglah masa depan kita.
187. Kita
dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita
dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya
mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana
yang salah.
188. Kita
lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli
semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang
pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa
yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan
perhiasan.
189. Kita
lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut.
Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti,
bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak
menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan
dengarlah sebanyak-banyaknya.
190. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
191. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
192. Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali
193. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim
194. Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.
195. Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.
196. Sesuatu
yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna,
belum tentu bagus.
197. Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.
198. Agama
menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi,
runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang
terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah
Arab
199. Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.
200. Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa
201. Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.
202. Orang
yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada
seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti
singa -Goethe
203. Mengetahui
sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada
mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.
204. Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.
205. Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.
206. Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte
207. Jika
dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk
meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
208. Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
209. Jagalah
dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang
manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW
210. Setiap
yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting
dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan
orang.
211. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
212. Kegembiraan
ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa
keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda
miliki itu kepada teman anda.
213. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
214. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
215. Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya
216. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
217. Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.
218. Orang
yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana
membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu
muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu
pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu
akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana
beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
219. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~ Samuel Johnson
220. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
221. Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.
222. Penglihatan
itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang
dirasakan manisnya dalam hati…
223. Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.
224. Kekecewaan
mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa
menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup
225. Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.
226. Kemarahan
tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan
tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.
227. Kemaafan
mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai
hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan
dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara
ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi
228. Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.
229. Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.
230. Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.
231. Kita
lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita
pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita
yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita
dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita
seperti kita mencintai dia.
232. Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.
233. Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
234. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
235. Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
236. Kata-kata
itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata
bukan bukti unggulnya perasaan
237. Sahabat
terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya
dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
238. Lombong
emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H
239. Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
240. Setiap
jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak
dibajai dengan keberanian
241. Sahabat
yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak
terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
242. Kalau
kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka
dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak
kebatilan.
243. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
244. Tiada
siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap
yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh
menjadi pandai
245. Akal
itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta
itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan
246. Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.
247. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
248. Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama
249. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
250. Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya
251. Harta
yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah
AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling
manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
252. Tiada
siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap
yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh
menjadi pandai
253. Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier
254. Selalu
bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
255. Setiap
jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak
dibajai dengan keberanian
256. Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
257. Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa
258. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
259. Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda
260. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
261. Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
262. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
263. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
~ Flower A. Newhouse
264. Kebenaran
itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan
lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan
busuk.
265. Tawadhu
ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia
menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.
266. Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.
267. Kekuatan
itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu
terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian
berkumpulan.
268. Kegagalan
dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi
sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi
diiringi dengan riak.
269. Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak
270. Pandanglah
segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan
hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
271. Ambillah
waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk
bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu
untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk
belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai
dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah
waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah
waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah
waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah
waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk
beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
272. Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
273. Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.
274. Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan
275. Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali
276. Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan
277. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
278. Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.
279. Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga
280. Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.
281. Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana
282. Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel
283. Setiap bunga mawar pasti ada durinya.
284. Dari
kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti
durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di
dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya
285. Jangan
sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana
orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
286. Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.
287. Orang-orang
yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka
hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam
hidupnya.
288. Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.
289. Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.
290. Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang
291. Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan.
292. Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.
293. Sesetengah orang menggunakan jam yang murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.
294. Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.
295. percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
296. Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil
297. Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia
298. Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti
299. Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya agama, bagaimana lagi jika tiada agama? ~ Benjamin Franklin
300. Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran ~ Horatius
301. Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih sulit daripada menghitung orang-orang yang berakal.
302. Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan ~ Mognon Me Lauhlin
303. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard Brinsley Sheridan
304. Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang ~ Pepatah inggeris
305. Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.
306. Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah ~ Rahmohan Ghandi
307. Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain
308. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
309. Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
310. Di
sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik senyum dan tawa, seseorang
insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui
orang lain.
311. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
312. Fikirkan
permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci.
Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah
undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan
313. Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.
314. Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
315. Ada
hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu
dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun
demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang
mengatakannya dengan sepenuh hati.
316. Jika
anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu
membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab
317. Membalas
kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya.
Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas
kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan
kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus
sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
318. Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.
319. Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.
320. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier
321. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong
322. Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
323. Memang
amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada
orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan
ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya
sendiri -Said Mustafa
324. Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi
325. Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
326. Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.
327. Andai
hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun
seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang
nyata.
328. Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain
329. Usah
sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada
kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka
semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam
dan menyusahkan
330. Selalu
kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di
tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang
muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan
apa yang kita miliki
331. Kata-kata
yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata
yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan
pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta
dapat menyembuhkan dan memberkati.
332. Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina
333. Kata-kata
yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi
kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
334. Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
335. Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara
336. Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.
337. Berbahagialah
orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk
nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ~ Saidina Ali
338. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
339. Ada
dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya
mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa
yang disuruh.
340. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
341. Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.. - Whittier
342. Keberanian
yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya
bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn
343. Usah
sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya
meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak
membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti
344. Kesusahan
dan kesulitan adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak
disukai insan. tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang
harum dan buah-buahan yang subur.
345. Seekor
singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang
kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara
fitnah yang berkekalan.
346. Tiada
manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita
ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak
menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke
akhir hayat. - Joseph Conrad